Dongker Acoustic Session @ MANDIRI
MANDIRI dengan bangganya mempersembahkan sesi akustik Dongker di Rumah Mandiri, sebahagian daripada jelajah album 'Melankolia Radikal'.
Acara ini akan berlangsung di lokasi baharu Rumah Mandiri; sila rujuk tiket anda untuk butiran lokasi yang tepat.
Tentang Kehadiran & pendafataran:
Kemasukan: Ruang ini adalah milik kita bersama. Tiket disediakan secara percuma namun terhad untuk menjaga kapasiti dan keselesaan ruang. Hanya pemegang tiket yang sah akan diberikan akses masuk.
Had Tiket: Untuk memastikan peluang yang adil buat semua, setiap pendaftaran hanya layak untuk satu (1) tiket.
Menghormati Ruang: Kami memohon kerjasama anda untuk tidak mendaftar berulang kali. Had satu tiket bagi setiap nama, e-mel, dan nombor telefon adalah usaha kolektif untuk menjaga integriti menganjuran sesi ini. Pendaftaran yang melampaui had ini akan ditapis demi memastikan lebih ramai rakan dapat sertai.